Tuesday 9 December 2014

KELAHIRAN

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
Kelahiran anak mengikuti beberapa adat penting untuk menjaga kesihatan ibu dan kandungan. Dia diagalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca dengan baik dan melihat benda-benda yang cantik. Waktu kelahiran anak itu dibersihkan dan dibendung. Pada hari ke 29, anak itu dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah dan digantung pada bantalnya selama 100 hari dan kemudian dibuang ke dalam sungai. Dia diharap akan berani sepanjang hayatnya. Setelah sebulan upacara, ‘Bulan Penuh’ akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahirannya tidak diperingati oleh anaknya pada waktu tua secara besar-besaran.

KEMATIAN

Kematian adalah upacara yang amat berharga dan mahal bagi anak-anak. Keranda yang baik, tanah perkuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus memerlukan belaja yang besar. Inilah hadiah terbaik anak kepada ibu bapanya. Jika tidak mampu, masyarakat pasti akan membantu.
Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan, dan memasukkan ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang dan dikebumikan pada hari ganjil.

Upacara pengkebumian adalah cara yang amat meriah dengan peraturan tertentu. Selepas pengkebumian diadakan, pelbagai upacara lain terutama pembakaran colok dan alatan diperbuat dari kertas sebagai bekalan hidup di akhirat. Oleh itu, banyak kepercayaan dan pantang larang yang mesti diperhatikan berkaitan kematian.

KEKELUARGAAN


ERTI KELUARGA
Erti keluarga yang difahamkan oleh bangsa cina ialah hubungan antara ahli keluarga terutama antara suami dan isteri, bapa dan anak lelaki, antara adik beradik lelaki dan adik beradik perempuan. Kaum cina amat menghormati orang tua yang dipandang sebagai mempunyai kebijaksanaan. Tanpa kepercayaan khusu tentang Tuhan maka keluarga dan negara menjadi tumpuan pemujaan mereka.
Keluarga kita panggil sebagai 家庭 jia ting
 Panggilan ahli keluarga :
·         Bapa sebagai ketua keluarga dan pembimbing keluarga dipanggil sebagai 爸爸 ba ba
·         Ibu dalam keluarga dipanggil sebagai 媽媽 ma ma
·         Anak lelaki dipanggil sebagai 兒子 er zi
·         Anak perempuan dipanggil sebagai 女兒 nu er
·         Panggilan untuk abang ialah 哥哥 ge ge
·         Panggilan untuk kakak ialah 姐姐 jie jie
·         Adik lelaki dipanggil sebagai 弟弟 di di
·         Adik perempuan dianggil sebagai 妹妹 mei mei
 
PERANAN IBU BAPA
Ibubapa merupakan unit asas dalam keluarga. Peranannya sangat penting dalam pembentukan keluarga yang bahagia. Ini memerlukan pengurusan keluarga yang dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah. Peranan ibubapa sangat penting dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara komited
Dari segi tradisi dan warisan. Pengubahsuaian perlu dibuat melalui ilmu pengetahuan. Ibubapa perlu mewariskan pemikiran yang mencukupi untuk penyesuaian diri anak-anak dan perludilaksanakan secara dinamik dan proaktif.
 
PAPAN PERINGATAN
 Dalam keluarga, roh nenek moyang menjadi tumpuan pemujaan. Ia ditandakan oleh sekeping ‘Papan Peringatan’ yang tercatat nama keturunannya. Papan ini merupakan tumpuan pemujaan keluarga yang diletakkan di ruang tamu rumah untuk semua keluarga. Setelah beberapa generasi, papan ini disimpan di rumah klen (huay kuan) ataupunndi rumah tokong. Klen amat penting di kalangan orang Cina kerana terdapat nama keluarga mereka. Secara tradisi, terdapat juga nama keluarga yang diturunkan melalui anak lelaki. Anak lelaki juga mewarisi harta daripada bapanya.