Tuesday 9 December 2014

KELAHIRAN

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
Kelahiran anak mengikuti beberapa adat penting untuk menjaga kesihatan ibu dan kandungan. Dia diagalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca dengan baik dan melihat benda-benda yang cantik. Waktu kelahiran anak itu dibersihkan dan dibendung. Pada hari ke 29, anak itu dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah dan digantung pada bantalnya selama 100 hari dan kemudian dibuang ke dalam sungai. Dia diharap akan berani sepanjang hayatnya. Setelah sebulan upacara, ‘Bulan Penuh’ akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahirannya tidak diperingati oleh anaknya pada waktu tua secara besar-besaran.

KEMATIAN

Kematian adalah upacara yang amat berharga dan mahal bagi anak-anak. Keranda yang baik, tanah perkuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus memerlukan belaja yang besar. Inilah hadiah terbaik anak kepada ibu bapanya. Jika tidak mampu, masyarakat pasti akan membantu.
Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan, dan memasukkan ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang dan dikebumikan pada hari ganjil.

Upacara pengkebumian adalah cara yang amat meriah dengan peraturan tertentu. Selepas pengkebumian diadakan, pelbagai upacara lain terutama pembakaran colok dan alatan diperbuat dari kertas sebagai bekalan hidup di akhirat. Oleh itu, banyak kepercayaan dan pantang larang yang mesti diperhatikan berkaitan kematian.

KEKELUARGAAN


ERTI KELUARGA
Erti keluarga yang difahamkan oleh bangsa cina ialah hubungan antara ahli keluarga terutama antara suami dan isteri, bapa dan anak lelaki, antara adik beradik lelaki dan adik beradik perempuan. Kaum cina amat menghormati orang tua yang dipandang sebagai mempunyai kebijaksanaan. Tanpa kepercayaan khusu tentang Tuhan maka keluarga dan negara menjadi tumpuan pemujaan mereka.
Keluarga kita panggil sebagai 家庭 jia ting
 Panggilan ahli keluarga :
·         Bapa sebagai ketua keluarga dan pembimbing keluarga dipanggil sebagai 爸爸 ba ba
·         Ibu dalam keluarga dipanggil sebagai 媽媽 ma ma
·         Anak lelaki dipanggil sebagai 兒子 er zi
·         Anak perempuan dipanggil sebagai 女兒 nu er
·         Panggilan untuk abang ialah 哥哥 ge ge
·         Panggilan untuk kakak ialah 姐姐 jie jie
·         Adik lelaki dipanggil sebagai 弟弟 di di
·         Adik perempuan dianggil sebagai 妹妹 mei mei
 
PERANAN IBU BAPA
Ibubapa merupakan unit asas dalam keluarga. Peranannya sangat penting dalam pembentukan keluarga yang bahagia. Ini memerlukan pengurusan keluarga yang dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah. Peranan ibubapa sangat penting dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara komited
Dari segi tradisi dan warisan. Pengubahsuaian perlu dibuat melalui ilmu pengetahuan. Ibubapa perlu mewariskan pemikiran yang mencukupi untuk penyesuaian diri anak-anak dan perludilaksanakan secara dinamik dan proaktif.
 
PAPAN PERINGATAN
 Dalam keluarga, roh nenek moyang menjadi tumpuan pemujaan. Ia ditandakan oleh sekeping ‘Papan Peringatan’ yang tercatat nama keturunannya. Papan ini merupakan tumpuan pemujaan keluarga yang diletakkan di ruang tamu rumah untuk semua keluarga. Setelah beberapa generasi, papan ini disimpan di rumah klen (huay kuan) ataupunndi rumah tokong. Klen amat penting di kalangan orang Cina kerana terdapat nama keluarga mereka. Secara tradisi, terdapat juga nama keluarga yang diturunkan melalui anak lelaki. Anak lelaki juga mewarisi harta daripada bapanya.
 
 

Thursday 13 November 2014

Wanita Cina Zaman Dahulu

Pada masa pemerintahan feudal, wanita diminta untuk mematuhi ayahnya sebelum menikah, mematuhi suaminya selama ia menikah, dan mematuhi anak laki-lakinya ketika ia menjadi janda. Dalam hal ini wanita sama sekali tidak memiliki hak suara dalam kehidupanya, bahkan saat memutuskan suatu keputusan yang penting. Pada zaman dulu wanita diharapkan untuk setia, dan berpakaian sederhana. Terdapat dua definisi dalam hal ini, yang pertama adalah jenis malaikat yang mencintai iaitu, wanita yang bersikap penurut, sopan dan polos. Yang kedua adalah jenis pejuang kerja iaitu, wanita yang bersifat keras dalam mempertahankan hidupnya untuk melawan kemiskinan yang dihadapi keluarganya.

Pada masa itu wanita tidak mendapat kekesempatan untuk memegang kekuasaan, bahkan apabila seorang wanita memiliki kedudukan status sosial dan keluarga yang rendah, mereka sama sekali tidak dibenarkan masuk dalam ranah politik dan ekonomi. Salah satu puisi dalam Kitab Puisi menyimpulkan :”Wanita tidak boleh mangambil bahagian dalam urusan awam, mereka harus mengabdikan diri untuk merawat ulat sutra dan menenun. Dalam ajaran Konfusius pernah dikatakan bahwa, wanita yang baik adalah wanita yang tidak mengenal huruf maka, tidak sedikit wanita China yang merasa menderita dibawah sistem Konfusianisme.

Menurut Konfusius setiap lelaki dan wanita memiliki peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam setiap kejadian yang terjadi dalam kehidupan, dalam peranan itu wanita memiliki kewajiban untuk memenuhi kebutuhan dan keinginan lelaki (ayah, suami, dan anak lelakinya). Bagi masyarakat Konfusius wanita menduduki posisi yang lebih rendah daripada lelaki, dan pengabdian wanita untuk lelaki dianggap suatu hal yang paling tepat.

Dalam beberapa tugas wanita dalam melayani keluarga, Konfusius pernah mngatakan bahawa:”Tugas wanita yang terbesar adalah melahirkan anak lelaki”. Pernyataan ini didukung oleh pernyataan murid Konfusius, Meng Zi yang mengatakan:”Hal yang terburuk dalam tindakan tidak berbakti adalah kegagalan untuk memiliki keturunan”. Kedua pernyataan tersebut kemudian menjadi suatu tekanan bagi seorang wanita yang diharuskan untuk melahirkan anak lelaki, pada masa itu seorang ibu akan merasa sangat kecewa apabila anak yang dilahirkan olehnya adalah seorang anak perempuan. Dalam sistem keluarga patriakhal, apabila tidak memiliki keturunan lelaki sebagai penerus keluarga maka, habislah keturunan atau penerus keluarga itu.


Dalam kehidupan wanita yang tinggal di daerah pedalaman, tiada sedikit dari mereka yang melakukan dua per tiga dari tenaga kerja pertanian, disamping harus mengurus anak-anak mereka, menyediakan minuman, makanan, mencuci, dan mengurus semua pekerjan rumah, meraka juga membantu pekerjaan lelaki dalam bidang pertanian dimusim panen. Hal ini menjadikan peluang bagi wanita yang hidup di pedalaman untuk menghasilkan wang dengan menjual hasil tanaman mereka dipasar atau jalananan, tanpa harus terus mengerjakan rutin pekerjaan rumah.

Keluarga Cina

ERTI KELUARGA
Erti keluarga yang difahamkan oleh bangsa cina ialah hubungan antara ahli keluarga terutama antara suami dan isteri, bapa dan anak lelaki, antara adik beradik lelaki dan adik beradik perempuan. Kaum cina amat menghormati orang tua yang dipandang sebagai mempunyai kebijaksanaan. Tanpa kepercayaan khusus tentang Tuhan maka keluarga dan negara menjadi tumpuan pemujaan mereka.

PAPAN PERINGATAN
 Dalam keluarga, roh nenek moyang menjadi tumpuan pemujaan. Ia ditandakan oleh sekeping ‘Papan Peringatan’ yang tercatat nama keturunannya. Papan ini merupakan tumpuan pemujaan keluarga yang diletakkan di ruang tamu rumah untuk semua keluarga. Setelah beberapa generasi, papan ini disimpan di rumah klen (huay kuan) ataupunndi rumah tokong. Klen amat penting di kalangan orang Cina kerana terdapat nama keluarga mereka. Secara tradisi, terdapat juga nama keluarga yang diturunkan melalui anak lelaki. Anak lelaki juga mewarisi harta daripada bapanya.

PERKAHWINAN
Kepentingan meneruskan keluarga menyebabkan perkahwinan seorang lelaki amat penting. Secara tradisi, perkahwinan mengikut beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara sehinggalah majlis perkahwinan. Sekarang ini, hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan keraian

KELAHIRAN
Kelahiran anak mengikuti beberapa adat penting untuk menjaga kesihatan ibu dan kandungan. Dia diagalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca dengan baik dan melihat benda-benda yang cantik. Waktu kelahiran anak itu dibersihkan dan dibendung. Pada hari ke 29, anak itu dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah dan digantung pada bantalnya selama 100 hari dan kemudian dibuang ke dalam sungai. Dia diharap akan berani sepanjang hayatnya. Setelah sebulan upacara, ‘Bulan Penuh’ akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahirannya tidak diperingati oleh anaknya pada waktu tua secara besar-besaran.

KEMATIAN
Kematian adalah upacara yang amat berharga dan mahal bagi anak-anak. Keranda yang baik, tanah perkuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus memerlukan belaja yang besar. Inilah hadiah terbaik anak kepada ibu bapanya. Jika tidak mampu, masyarakat pasti akan membantu.
Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan, dan memasukkan ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang dan dikebumikan pada hari ganjil.

Upacara pengkebumian adalah cara yang amat meriah dengan peraturan tertentu. Selepas pengkebumian diadakan, pelbagai upacara lain terutama pembakaran colok dan alatan diperbuat dari kertas sebagai bekalan hidup di akhirat. Oleh itu, banyak kepercayaan dan pantang larang yang mesti diperhatikan berkaitan kematian.

Peranan dan Tanggungjawab Wanita Cina (Three Obediences and Four Virtues)

The Book of Etiquette and Ceremonial merupakan sebuah buku ataupun teks klasik yang berasal dari China yang berkaitan dengan tingkah laku social dan upacara majlis Dinasti Zhou. Karya ini juga dikaitkan dengan karya Rites of Zhou dan Book of Rites dan seterusnya menghasilkan The Three Rites yang menjadi panduan kepada kepercayaan tradisional Konfusionisme berkenaan dengan kesusilaan dan akhlak.

Antara kandugan karya yang memfokuskan peranan dan tanggungjawab wanita yalah “Three Obediences and Four Virtues” (Tiga Kepatuhan dan Empat Nilai Murni).

Tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh wanita:
1.    Her father as a daughter (mematuhi ayah sebagai seorang anak)
2.    Her husband as a wife (mematuhi suami sebagai seorang isteri)
3.    Her son in widowhood (mematuhi anak lelaki ketika ketiadaan/kematian suami)

Empat nilai murni yang perlu ada dalam seseorang wanita:
1.    Morality (Moral)
2.    Proper speech (Percakapan yang beradab)
3.    Modest manner/appearance (Kesederhanaan dalam tingkah laku dan penampilan)
4.    Diligent work (Rajin bekerja)


Masyarakat cina zaman dahulu khusunya wanita dikehendaki mengikuti semua prinsip dan perkara yang terkandung di dalam The Three Obediences and Four Virtues. Pada zaman kini, segelintir masyarakat moden Cina yang masih terikat dengan ajaran ini kerana nilai murninya yang masih boleh diguna pakai demi melahirkan keluarga bahagia dan masyarakat yang berjaya. 

Kedudukan wanita sebelum, semasa dan selepas ajaran Konfucianisme diperkenalkan

Dalam masyarakat China tradisional, pemisahan gender menjadi isu yang ketara dan jurang di antara lelaki dan perempuan bertambah selepas kedatangan ajaran Konfucicianisme dalam masyarakat China tradisional.Dalam masyarakat China tradisional, lelaki lebih menjadi perhatian berbanding wanita kerana lelaki diharap akan meneruskan nama keluarga yang merupakan sesuatu yang penting kepada masyarakat China tradisional .Manakala wanita akan meninggalkan keluarga dan memiliki nama keluarga suaminya. Oleh itu, anak lelaki lebih diharapkan dalam sesebuah perkahwinan berbanding anak perempuan. Anak lelaki juga diharap akan meneruskan upacara penyembahan nenek moyang yang merupakan sesuatu yang penting kepada masyarakat China tradisional.
Namun walaupun lelaki dianggap penting kerana meneruskan nama keluarga dan lain-lain namun wanita juga mempunyai peranannya yang tersendiri dalam sesebuah keluarga terutamanya.
Wanita juga berperanan dalam menguruskan keperluan dalam keluarga terutamanya melibatkan kerja-kerja rumah dan lelaki berperanan sebagai pencari rezeki buat keluarga.

SELEPAS KEDATANGAN KONFUCIANISME
Konfucius meletakkan lelaki di tahap yang lebih tinggi berbanding wanita sehingga meletakkan wanita di tahap bawah.Hal ini menyebabkan wanita kurang mendapat peluang berbanding lelaki dalam masyarakat tradisional China. Antara peluang tersebut ialah peluang pendidikan dan wanita diletakkan di tempat yang amat rendah berbanding lelaki. Bukan itu sahaja, hakwanita juga dibezakan berbanding lelaki yang boleh membuat apa-apa sahaja yang disukainya berbanding wanita.
Pembahagian gender ini disebabkan oleh suasana masyarakat China tradisional yang mementingkan lelaki dan keturunan dimulakan dengan lelaki(patriarchal) berbanding wanita.

SEBELUM KEDATANGAN KONFUCIANISME

Pada zaman lampau, tiada perbezaan yang jelas antara semua hubungan dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini telah direkodkan dalam buku Musim Bunga dan Musim Luruh di mana mereka hanya mengenal ibu mereka tetapi bukan bapa mereka kerana tidak terdapatnya satu susun lapis masyarakat yang baik.

Namun perubahan yang didapati dalam pembentukan dinasti China menyaksikan lelaki mula mendapat kedudukan yang kukuh. Selepas kemunculan sistem patriarchal, berlaku perubahan dalam sistem hidup masyarakat China. Perubahan ini mula didapati dalam zaman Dinasti Chou dan Shang.

Pembahagian gender dalam masyarakat China lampau menjadi lebih ketara selepas melalui upacara perkahwinan bagi lelaki dan perempuan. Selepas melaksanakan upacara perkahwinan, status seorang isteri itu belum dicapai selagi tidak melakanakan tugas tambahannya. Selepas menjadi seorang isteri, seorang wanita perlu menjalankan tanggungjawabnya iaitu kepada kedua mentuanya dengan baik.

 Pada setiap pagi, antara tugas seorang wanita dan menantu ialah mereka perlu menyalakan api, membantu mentuanya mandi, dan menyediakan sarapan pagi kepada mereka. Namun ada juga
peraturan yang menekan wanita seperti mereka juga tidak dibenarkan mengeluh, bersin, batuk dalam kehadiran kedua mentuanya dan tidak juga boleh meninggalkan bilik tanpa kebenaran mentuanya.

Sebelum kembali pada suaminya pada waktu petang, seorang menantu itu perlu menyediakan dan mengemas katil mentuanya dan membantu mereka mandi. Mereka juga bertanggungjawab menyediakan makanan untuk kedua mentuanya.

Dalam ajaran Konfucianisme, mereka amat memandang tinggi hubungan di antara suami dan isteri dan dikatakan hubungan antara suami dan isteri merupakan permulaan kepada semua hubungan di dunia dan hal ini tidaklah mengejutkan apabila dalam ajaran Konfucianisme, kadang-kadang seorang 

ayah digambarkan sebagai syurga manakala bumi dianggap sebagai ibu dan hal ini menunjukkan hubungan antara suami dan isteri amat penting dalam ajaran Konfucianisme.

AJARAN KONFUCIANISME

Ajaran Konfucianisme telah muncul pada pengakhiran dinasti Chou dan mula dipraktikkan pada zaman Dinasti Han. Ajaran Konfucianisme menekankan beberapa aspek li(adat), ren(kemanusiaan), xiao dan lain-lain. Namun, kedudukan wanita yang diharap lebih meningkat dalam ajaran Konfuciasnisme masih tidak jauh berbeza sebelum zaman kemunculan falsafah ini.

Ajaran Konfucianisme seperti ajaran-ajaran yang lain tidak mementingkan golongan dan hak wanita seperti pada masa kini. Ajaran Konfucianisme dilihat lebih menekankan kepada peranan  dan kehebatan lelaki berbanding wanita. Tugas perempuan dalam masyarakat ialah sebagai mengekalkan keamanan dan kestabilan di dalam rumahtangga.

Dalam ajaran Konfucianisme lelaki lebih dikaitkan dengan kehebatan dan penguasaan berbanding perempuan yang diperlihatkan lemah dan bergantung sepenuhnya pada lelaki dalam apa-apa keadaan sekalipun.


sumber : http://masyarakatasiatimur.weebly.com/pembahagian-gender3.html

Sunday 9 November 2014

Cara Kemasukan Orang Cina ke Tanah Melayu

Kehadiran orang Cina ke Tanah Melayu sudah bermula pada awal abad ke-15 hasil jalinan hubungan perdagangan dan persahabatan kerajaan Melayu dengan negara China. Penghijrahan ini semakin pesat pada awal abad ke-19.

Terdapat 3 cara kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu iaitu melalui Sistem Tiket Kredit, Sistem Kanggchu dan Cara Persendirian.

Sistem Tiket Kredit :
Kedatangan orang Cina dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka akan bekerja selama mana tempoh sehingga hutang mereka habis. Selepas tempoh tersebut, mereka bebas untuk memilih ntuk mecari pekerjaan lain dengan majikan lain atau terus kekal dengan majikan lama. Buruh Cina ini dikenali sebagai 'Singkheh'.

Sistem Kangchu
Kangchu ialah ketua puak-puak orang Cina dan setiap Kangchu dipertanggunjawabkan mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh-buruh Cina di bawah pengelolaannya.

Cara Persendirian
Terdapat juga Orang Cina yang  berhijrah ke Tanah Melayu bagi mengatasi masalh kesempitan hidup di China melalui rakan, ahli keluarga atau dengan perbelanjaan sendiri.



Friday 31 October 2014

Jadual Gerak Kerja

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yng disertakan adalah jadual gerak kerja kumpulan kami yang telah dipersetujui oleh setiap ahli dalam kumpulan kami .


Sekian terima kasih

Thursday 30 October 2014

Selamat Datang

Selamat datang ke blog kami . Insya Allah kami akan jadikan blog ini sebagai satu medium untuk kami kongsikan hasil dapatan perbincangan dan objektif dalam menjayakan projek kami iaitu kajian mengenai peranan wanita dan keluarga khususnya dalam masyarakat Cina .