Thursday 13 November 2014

Kedudukan wanita sebelum, semasa dan selepas ajaran Konfucianisme diperkenalkan

Dalam masyarakat China tradisional, pemisahan gender menjadi isu yang ketara dan jurang di antara lelaki dan perempuan bertambah selepas kedatangan ajaran Konfucicianisme dalam masyarakat China tradisional.Dalam masyarakat China tradisional, lelaki lebih menjadi perhatian berbanding wanita kerana lelaki diharap akan meneruskan nama keluarga yang merupakan sesuatu yang penting kepada masyarakat China tradisional .Manakala wanita akan meninggalkan keluarga dan memiliki nama keluarga suaminya. Oleh itu, anak lelaki lebih diharapkan dalam sesebuah perkahwinan berbanding anak perempuan. Anak lelaki juga diharap akan meneruskan upacara penyembahan nenek moyang yang merupakan sesuatu yang penting kepada masyarakat China tradisional.
Namun walaupun lelaki dianggap penting kerana meneruskan nama keluarga dan lain-lain namun wanita juga mempunyai peranannya yang tersendiri dalam sesebuah keluarga terutamanya.
Wanita juga berperanan dalam menguruskan keperluan dalam keluarga terutamanya melibatkan kerja-kerja rumah dan lelaki berperanan sebagai pencari rezeki buat keluarga.

SELEPAS KEDATANGAN KONFUCIANISME
Konfucius meletakkan lelaki di tahap yang lebih tinggi berbanding wanita sehingga meletakkan wanita di tahap bawah.Hal ini menyebabkan wanita kurang mendapat peluang berbanding lelaki dalam masyarakat tradisional China. Antara peluang tersebut ialah peluang pendidikan dan wanita diletakkan di tempat yang amat rendah berbanding lelaki. Bukan itu sahaja, hakwanita juga dibezakan berbanding lelaki yang boleh membuat apa-apa sahaja yang disukainya berbanding wanita.
Pembahagian gender ini disebabkan oleh suasana masyarakat China tradisional yang mementingkan lelaki dan keturunan dimulakan dengan lelaki(patriarchal) berbanding wanita.

SEBELUM KEDATANGAN KONFUCIANISME

Pada zaman lampau, tiada perbezaan yang jelas antara semua hubungan dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini telah direkodkan dalam buku Musim Bunga dan Musim Luruh di mana mereka hanya mengenal ibu mereka tetapi bukan bapa mereka kerana tidak terdapatnya satu susun lapis masyarakat yang baik.

Namun perubahan yang didapati dalam pembentukan dinasti China menyaksikan lelaki mula mendapat kedudukan yang kukuh. Selepas kemunculan sistem patriarchal, berlaku perubahan dalam sistem hidup masyarakat China. Perubahan ini mula didapati dalam zaman Dinasti Chou dan Shang.

Pembahagian gender dalam masyarakat China lampau menjadi lebih ketara selepas melalui upacara perkahwinan bagi lelaki dan perempuan. Selepas melaksanakan upacara perkahwinan, status seorang isteri itu belum dicapai selagi tidak melakanakan tugas tambahannya. Selepas menjadi seorang isteri, seorang wanita perlu menjalankan tanggungjawabnya iaitu kepada kedua mentuanya dengan baik.

 Pada setiap pagi, antara tugas seorang wanita dan menantu ialah mereka perlu menyalakan api, membantu mentuanya mandi, dan menyediakan sarapan pagi kepada mereka. Namun ada juga
peraturan yang menekan wanita seperti mereka juga tidak dibenarkan mengeluh, bersin, batuk dalam kehadiran kedua mentuanya dan tidak juga boleh meninggalkan bilik tanpa kebenaran mentuanya.

Sebelum kembali pada suaminya pada waktu petang, seorang menantu itu perlu menyediakan dan mengemas katil mentuanya dan membantu mereka mandi. Mereka juga bertanggungjawab menyediakan makanan untuk kedua mentuanya.

Dalam ajaran Konfucianisme, mereka amat memandang tinggi hubungan di antara suami dan isteri dan dikatakan hubungan antara suami dan isteri merupakan permulaan kepada semua hubungan di dunia dan hal ini tidaklah mengejutkan apabila dalam ajaran Konfucianisme, kadang-kadang seorang 

ayah digambarkan sebagai syurga manakala bumi dianggap sebagai ibu dan hal ini menunjukkan hubungan antara suami dan isteri amat penting dalam ajaran Konfucianisme.

AJARAN KONFUCIANISME

Ajaran Konfucianisme telah muncul pada pengakhiran dinasti Chou dan mula dipraktikkan pada zaman Dinasti Han. Ajaran Konfucianisme menekankan beberapa aspek li(adat), ren(kemanusiaan), xiao dan lain-lain. Namun, kedudukan wanita yang diharap lebih meningkat dalam ajaran Konfuciasnisme masih tidak jauh berbeza sebelum zaman kemunculan falsafah ini.

Ajaran Konfucianisme seperti ajaran-ajaran yang lain tidak mementingkan golongan dan hak wanita seperti pada masa kini. Ajaran Konfucianisme dilihat lebih menekankan kepada peranan  dan kehebatan lelaki berbanding wanita. Tugas perempuan dalam masyarakat ialah sebagai mengekalkan keamanan dan kestabilan di dalam rumahtangga.

Dalam ajaran Konfucianisme lelaki lebih dikaitkan dengan kehebatan dan penguasaan berbanding perempuan yang diperlihatkan lemah dan bergantung sepenuhnya pada lelaki dalam apa-apa keadaan sekalipun.


sumber : http://masyarakatasiatimur.weebly.com/pembahagian-gender3.html

No comments:

Post a Comment