Thursday 13 November 2014

Keluarga Cina

ERTI KELUARGA
Erti keluarga yang difahamkan oleh bangsa cina ialah hubungan antara ahli keluarga terutama antara suami dan isteri, bapa dan anak lelaki, antara adik beradik lelaki dan adik beradik perempuan. Kaum cina amat menghormati orang tua yang dipandang sebagai mempunyai kebijaksanaan. Tanpa kepercayaan khusus tentang Tuhan maka keluarga dan negara menjadi tumpuan pemujaan mereka.

PAPAN PERINGATAN
 Dalam keluarga, roh nenek moyang menjadi tumpuan pemujaan. Ia ditandakan oleh sekeping ‘Papan Peringatan’ yang tercatat nama keturunannya. Papan ini merupakan tumpuan pemujaan keluarga yang diletakkan di ruang tamu rumah untuk semua keluarga. Setelah beberapa generasi, papan ini disimpan di rumah klen (huay kuan) ataupunndi rumah tokong. Klen amat penting di kalangan orang Cina kerana terdapat nama keluarga mereka. Secara tradisi, terdapat juga nama keluarga yang diturunkan melalui anak lelaki. Anak lelaki juga mewarisi harta daripada bapanya.

PERKAHWINAN
Kepentingan meneruskan keluarga menyebabkan perkahwinan seorang lelaki amat penting. Secara tradisi, perkahwinan mengikut beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara sehinggalah majlis perkahwinan. Sekarang ini, hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan keraian

KELAHIRAN
Kelahiran anak mengikuti beberapa adat penting untuk menjaga kesihatan ibu dan kandungan. Dia diagalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca dengan baik dan melihat benda-benda yang cantik. Waktu kelahiran anak itu dibersihkan dan dibendung. Pada hari ke 29, anak itu dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah dan digantung pada bantalnya selama 100 hari dan kemudian dibuang ke dalam sungai. Dia diharap akan berani sepanjang hayatnya. Setelah sebulan upacara, ‘Bulan Penuh’ akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahirannya tidak diperingati oleh anaknya pada waktu tua secara besar-besaran.

KEMATIAN
Kematian adalah upacara yang amat berharga dan mahal bagi anak-anak. Keranda yang baik, tanah perkuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus memerlukan belaja yang besar. Inilah hadiah terbaik anak kepada ibu bapanya. Jika tidak mampu, masyarakat pasti akan membantu.
Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan, dan memasukkan ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang dan dikebumikan pada hari ganjil.

Upacara pengkebumian adalah cara yang amat meriah dengan peraturan tertentu. Selepas pengkebumian diadakan, pelbagai upacara lain terutama pembakaran colok dan alatan diperbuat dari kertas sebagai bekalan hidup di akhirat. Oleh itu, banyak kepercayaan dan pantang larang yang mesti diperhatikan berkaitan kematian.

No comments:

Post a Comment