Thursday 13 November 2014

Peranan dan Tanggungjawab Wanita Cina (Three Obediences and Four Virtues)

The Book of Etiquette and Ceremonial merupakan sebuah buku ataupun teks klasik yang berasal dari China yang berkaitan dengan tingkah laku social dan upacara majlis Dinasti Zhou. Karya ini juga dikaitkan dengan karya Rites of Zhou dan Book of Rites dan seterusnya menghasilkan The Three Rites yang menjadi panduan kepada kepercayaan tradisional Konfusionisme berkenaan dengan kesusilaan dan akhlak.

Antara kandugan karya yang memfokuskan peranan dan tanggungjawab wanita yalah “Three Obediences and Four Virtues” (Tiga Kepatuhan dan Empat Nilai Murni).

Tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh wanita:
1.    Her father as a daughter (mematuhi ayah sebagai seorang anak)
2.    Her husband as a wife (mematuhi suami sebagai seorang isteri)
3.    Her son in widowhood (mematuhi anak lelaki ketika ketiadaan/kematian suami)

Empat nilai murni yang perlu ada dalam seseorang wanita:
1.    Morality (Moral)
2.    Proper speech (Percakapan yang beradab)
3.    Modest manner/appearance (Kesederhanaan dalam tingkah laku dan penampilan)
4.    Diligent work (Rajin bekerja)


Masyarakat cina zaman dahulu khusunya wanita dikehendaki mengikuti semua prinsip dan perkara yang terkandung di dalam The Three Obediences and Four Virtues. Pada zaman kini, segelintir masyarakat moden Cina yang masih terikat dengan ajaran ini kerana nilai murninya yang masih boleh diguna pakai demi melahirkan keluarga bahagia dan masyarakat yang berjaya. 

No comments:

Post a Comment