Sunday 9 November 2014

Cara Kemasukan Orang Cina ke Tanah Melayu

Kehadiran orang Cina ke Tanah Melayu sudah bermula pada awal abad ke-15 hasil jalinan hubungan perdagangan dan persahabatan kerajaan Melayu dengan negara China. Penghijrahan ini semakin pesat pada awal abad ke-19.

Terdapat 3 cara kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu iaitu melalui Sistem Tiket Kredit, Sistem Kanggchu dan Cara Persendirian.

Sistem Tiket Kredit :
Kedatangan orang Cina dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka akan bekerja selama mana tempoh sehingga hutang mereka habis. Selepas tempoh tersebut, mereka bebas untuk memilih ntuk mecari pekerjaan lain dengan majikan lain atau terus kekal dengan majikan lama. Buruh Cina ini dikenali sebagai 'Singkheh'.

Sistem Kangchu
Kangchu ialah ketua puak-puak orang Cina dan setiap Kangchu dipertanggunjawabkan mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh-buruh Cina di bawah pengelolaannya.

Cara Persendirian
Terdapat juga Orang Cina yang  berhijrah ke Tanah Melayu bagi mengatasi masalh kesempitan hidup di China melalui rakan, ahli keluarga atau dengan perbelanjaan sendiri.



No comments:

Post a Comment